ASAL USUL MELAYU

by Nasir Abd Rahman on Thursday, May 19, 2011 at 12:41 am
SIAPA MELAYU DAN ASALUSUL MELAYU


Dari apa yg saya baca,Melayu/Mala/Malai 
bermaksud gunung, jadi melayu bermaksud 
bangsa gunung,lagipun bukan ke bangsa
 Melayu/malai/mala dari keturunan Nabi 
Ibrahima.s.,jadi x mustahil bangsa Melayu 
ni berasal dari salah satu kaum Bani Israel 
yang hilang.nak tahu mengenai sejarah2
 dan rahsia2 bangsa Melayu/Mala/Malai/Bangsa
 Gunung yg berasal/dilahirkandari ibunda Keturah/ 
Qeturah,isteri nabi Ibrahim yg berasal dari 
kerajaan melayu kemboja purba serta
 hubungkait bangsa Melayu dengan salah satu 
kaum bani Israel yg hilang dah telah
 mendapat hidayah Allah SWT dan akan
 menentang kaum2 Bani Israel
yg sesat aka bangsa yahudi
kat negara haram israel
sekrang di Tanah Yang
Dijanjikan.
BANGSA YANG HILANG (The
Lost Tribe)
Apakah kepentingan mencari
bangsa yang hilang bagi
Yahudi?Bagi Yahudi Ortodoks
tiada apa kepentingan yang
amat perlu pun.Jika
ada,hanyalah untuk menjejak
sejarah mereka sahaja.Tetapi
bagi Yahudi Zionis,teramat
perlu.KERANA MEREKA AMAT
PERCAYA DENGAN RAMALAN
DI DALAM KITAB-KITAB
AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI DI
DALAM ALQURAN.Mengikut
daftar bangsa yang hilang di
dalam Kitab Yahudi
Kuno,terdapat 12 puak Yahudi
di masa lalu:
1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin
Di dalam 12 puak yang hilang
ini,hanya keturunan Nabi
Yusuf a.s. sahaja yang hilang
daripada rekod
Yahudi.Keturunan Nabi Yusof
a.s menurunkan dua puak
yang lain iaitu Manasseh dan
Ephraim.Mengikut satu kitab
Yahudi, satu‘lost tribe’ Bani
Israel (yang mendapat
petunjuk ILAHI, iaitu
beragama Islam) akan
membunuh Yahudi Zionis di
Palestin.Di dalam kitab Yahudi
kuno yang lain pula,ada
mencatatkan golongan
Manasseh (anak kepada Nabi
Yusuf a.s.) bakal menyembelih
Yahudi jahat (Zionis/Yahudi
Kabbalah) di Palestin. Setelah
Yahudi membuat pencarian,
terdapat banyak puak
golongan Manasseh di sebelah
timur. Antaranya,
Afghanistan , Pakistan Utara
(Patan/Pashtun), sedikit India,
sedikit Myanmar, sedikit
China, sedikit Jepun, sedikit
Filipina, sedikit Western
Samoa, sedikit Tonga, sedikit
Ecuador , sedikit Madagascar
dan sedikit Hawaii.
Namun begitu kesemua
mereka tahu tentang asal-usul
mereka (bercanggahan
dengan prinsip‘lost tribe’).
Termasuk di Afghanistan dan
Pakistan Utara juga (namun
yang beragama Islam cuma di
Afghanistan dan Pakistan
Utara– sebab itu mereka
diserang oleh Yahudi Amerika
dan Russia).Dalam pada itu,
seorang professor di Amerika
bernama Ralph Olssen telah
membuat hipotesis baru. Pada
mulanya Yahudi Zionis
menyangkakan Red Indian
Amerika adalah ibu bagi
segala orang-orang Manasseh
‘the lost tribe’. Tetapi
kesemua keputusan DNA
adalah negatif. Kemudian Prof
Ralph Olssen mengkaji secara
mendalam tentang Book of
Mormon (yang diselewengkan
dari satu manuskrip kuno) dan
membuat kajian DNA sekali.
Keputusan beliau adalah, ibu
bagi segala keturunan
Manasseh adalah orang-orang
Melayu di Semenanjung Tanah
Melayu. Untuk menguatkan
lagi cerita, tidak ada seorang
Melayu pun yang tahu
mengenai salasilah keturunan
Bani Israel mereka.MALA
ADALAH THE LOST TRIBE
YANG SEBENAR,LEBIH
TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE
OF DAN.Jadi kalau berpandu
kepada kitab Yahudi tua
bahwa‘lost tribe’ dari
kalangan Manasseh (anak
Nabi Yusuf a.s.) yang bakal
berada di barisan hadapan
tentera Imam Mahdi dan
bakal menyembelih orang-
orang Yahudi di Palestin dan
bakal juga memadamkan
Israel daripada peta dunia
adalah terdiri daripada orang-
orang Melayu. Ini tidak
bercanggahan dengan mana-
mana hadis mengenai Imam
Mahdi.
Mengikut manuskrip kuno
yang diseleweng menjadi Book
of Mormon itu lagi,sebahagian
daripada Melayu Semenanjung
(termasuk Selatan Thai) juga
adalah dari keturunan Bani
Israel , iaitu dari kumpulan
Lehi (iaitu terus dari
Manasseh , iaitu anak kepada
Nabi Yusuf a.s. . Nabi Yusuf
ada 2 orang anak sahaja, iaitu
Manasseh dan Ephraim).
Mengikut DNA yang dilakukan
kepada 86 lelaki Melayu oleh
seorang professor perempuan
di UKM baru-baru ini, terdapat
27% variant Mediterranean
dalam darah DNA Melayu.
Dalam kamus sains, DNA
Mediterranean adalah dari
bangsa Euro-Semitik termasuk
dari Bani Israel!
Hipotesis ini terdapat separuh
kebenaran di dalam
kesamaran.Orang Melayu
bukanlah 100% berasal dari
keturunan Manasseh (Yahudi
Kuno) tetapi teori Ralph
Olssen mengenai
pengembaraan bangsa yang
hilang‘the lost tribe’ ke Bumi
Mala adalah sesuatu yang
menarik dan amat bertepatan
dengan apa yang dibincangkan
sebelum ini.Kenapa Ralph
Olssen menyebut Tanah
Melayu ini‘Bumi Mala’?
Apakah yang diceritakan di
dalam manukrip kuno tentang
satu bangsa misteri yang
berjalan dan berlayar ke
hujung dunia?
Dari mana salsilah “Melayu” .
Yahudi memburu saki baki
keturunan Nabi Yusuf? .
Kenapa? .
MAHADI berasal dari darah
keturunan Nabi Ibrahim =
Ishak+Ismail+“Q” ?? . Apakah
itu “3Mim” ?
Tiada NABI diutus ke
Nusantara? Islam bertapak
kukuh dikelilingi Hinduism dan
Budhism… kenapa?
MELAYU – JAWI
Siapakah Melayu?
Darimanakah asalnya Melayu
itu? Ketika ramai pengkaji
memperdebatkan kaum-kaum
yang hilang seperti The Lost
Tribe of Israel, Atlantis,
Lemuria, Sodom and
Gomorrah malah masih
mencari-cari siapakah Gog
and Magog, rahsia bangsa
misteri ini masih terpelihara di
dalam tabut rahsia sejak
beribu-ribu tahun. Tiada siapa
yang tahu dari mana asalnya
bangsa ini. Bagaimana bangsa
ini boleh wujud di tanah paling
selatan benua Asia,‘di
penghujung dunia’. Bangsa
yang hilang masih tidur dan
ditidurkan.‘Di hujung dunia’,
setelah penat mengembara,
bangsa misteri berehat dan
berehat… tidur dengan
lenanya… senyap sunyi tanpa
siapa mengganggu walaupun
Hitler telah pergi ke Tibet
menjejak bangsa misteri,
tetapi dia juga ketinggalan
jejak mereka…dimanakah
bangsa misteri ini meneruskan
perjalanan mereka?Masih
adakah masa lagi untuk
menjejaki mereka?
‘Dihujung Dunia’ bangsa ini
masih nyenyak tidur!
Keturah, Ibu Melayu
Dalam Kitab Perjanjian Lama
ada dibabadkan perihal
Keturah yakni wanita yang
dinikahi oleh Ibrahim selepas
kematian Sarah. Menerusi
perkahwinan tersebut,
Keturah melahirkan enam
orang putera iaitu Zimran,
Jokshan, Medan, Midian,
Ishbak dan Shuah.
Menurut riwayat Ibnu Athir
dalam kitabnya, Al-Kamil fil
Tarikh, umat Nusantara
termasuk Melayu bersalasilah
secara terus dengan Ibrahim
melalui zuriatnya dengan
Keturah ini.
Mengikut catatan Ibnu Yusof
dalam kitab Permata Yang
Hilang (yang saya curi-curi
baca sewaktu berusia 12
tahun), ada kemungkinan juga
bahawa nama Melayu itu
berasal dari perkataan Malai-
Ur sempena nama kerajaan
Chaldea tempat asal Ibrahim.
Ada juga pendapat
menyatakan bahawa Melayu
berasal dari perkataan Malai
dan Yunan.
Orang Melayu dikenali
sebagai Orang Malai oleh
beberapa bangsa lain tapi
orang Arab cenderung
memanggil orang Melayu
sebagai Bani Jawi. Orang
Malai (orang bukit atau
gunung) ini mungkin telah
mendiami Kemboja sebelum
kedatangan Ibrahim ke situ,
dan hampir pasti Keturah
adalah orang Malai.
Apa maknanya semua ini?
Maksudnya, Melayu, Arab dan
Yahudi itu bersaudara– dari
asal yang sama.
Tapi… siapakah Keturah??
Menurut satu versi dari
sebuah manuskrip kuno,
Keturah adalah isteri ketiga
Nabi Ibrahim a.s.Setelah
kewafatan Sarah, Nabi Ishak
a.s. telah merayu Nabi
Ibrahim a.s. untuk berkahwin
dengan ibu angkat beliau dari
kerajaan Champa Kuno
(bukan Champa Baru di era
Angkor). Akhirnya Nabi
Ibrahim a.s. bersetuju dan
berkahwin dengan Keturah
dan telah dikurniakan ALLAH
6 orang anak. Nama anak-
anak Keturah adalah Zimran,
Jokshan, Medan, Midian,
Ishbak dan Shuah .
Anak-anak mereka inilah
menjadi pengasas kepada
bangsa Melayu.Melayu
diambil dari perkataan
‘Mala’ (nama bangsa asas
Keturah).Lihat, nama ini sama
dengan nama yang tertulis
dalam manuskrip yang dikaji
oleh Ralph Olssen.
Bukan itu sahaja, keturunan
Keturah inilah yang ramai
tinggal di Tanah Melayu,
Sumatera, Jawa, Borneo,
Sulawesi dan Mindanao.
Kesemua tempat ini
merupakan tempat yang
mempunyai tulisan purba yang
diadaptasi dari tulisan Semitik
Purba (termasuk di dalamnya
tulisan Aramaik Kuno dan
Ibrani). Tulisan Rencong
adalah tulisan rasmi
Melayu.Jawa dan Bugis juga
mempunyai tulisan yang
hampir serupa. Agama rasmi
Melayu adalah agama Jawi.
Agama Jawi adalah agama
Nabi Ibrahim a.s.Jawi
dikatakan ada perkaitan
dengan Levi, iaitu anak
kepada Nabi Yaakob a.s .Levi
merupakan ketua Ulama dan
ketua Rahib bagi agama Nabi
Ibrahim a.s. di kalangan Bani
Israel.Sejak penggalian di
sebuah daerah di Jordan
menemukan kota purba yang
bernama Jawi/Jawa (Jevi),
minat sarjana Barat untuk
mengkaji bangsa Mala
semakin kuat.INGAT, YAHUDI/
BANI ISRAIL BUKANLAH
MELAYU TETAPI KEDUA
BANGSA PURBA INI ADA
INTERAKSI ANTARABANGSA
PADA MASA SILAM.
Keturah bukanlah Melayu.
Walaupun beliau melahirkan
bangsa Melayu, Keturah
adalah daripada bangsa Mala.
MELAYU ADALAH BANGSA
MALA + (YANG MEMPUNYAI
DARAH KETURUNAN NABI
IBRAHIM A.S) .Sekiranya kita
lihat orang-orang asli seperti
Mahmeri dan Jakun, bahasa
mereka adalah diambil dari
bahasa Mala. Semua bangsa
seperti Mahmeri, Jakun, Iban,
Kadazan, Melanau, Bajau, dan
seumpamanya adalah
merupakan bangsa asal
Mala.DNA bagi bangsa ini
adalah 01m-19a.Ini
menerangkan Keturah
mungkin berasal dari satu
kerajaan purba yang sedia ada
di Timur ketika zaman Nabi
Ibrahim a.s.(ada versi yang
mengaitkan‘Mala’ dengan
‘Mon’ tetapi ini bukan kaum
Mon pada hari ini kerana
pertama kaum Mon pada hari
ini bukanlah Melayu pada
ertikata sebenarnya dan yang
kedua jika terdapat‘benang-
benang merah’ sekalipun
antara Mon dan Melayu ia
adalah proses asimilasi Mala/
Melayu yang kompleks
dengan etnik-etnik Indochina,
perlu diingat Melayu juga
boleh kehilangan identiti
mereka akibat penjajahan,
perang atau pemaksaan
budaya seperti yang berlaku
pada orang Melayu di Cape
Town, Filipina, Thailand dan
sebagainya jadi orang Mon
pada hari ini bukanlah Melayu
pada ertikata sebenarnya
kerana akibat percampuran
etnik yang kompleks
walaupun cendekiawan
mereka masih mencari-cari
kerajaan purba mereka yang
dinamakan‘Suvarnabhumi’-
menunjukkan mereka
mungkin masih mahu
menjejak moyang Mala
mereka)
Jika kita lihat DNA Melayu
Kedah dan Iban, kedua-dua
mereka mempunyai
persamaan. Tetapi kenapa
Melayu Kedah (mewakili
kepada semua Melayu di
semenanjung dan Indonesia
yang pernah mempunyai
peradaban dan kerajaan) lebih
bijak dan segak,ini adalah
kerana mereka daripada
keturunan Nabi Ibrahim a.s.
dan Keturah. Begitu juga
Melayu Selangor,Perak,Johor
dll serta Mahmeri. Kedua-dua
puak ini mempunyai DNA yang
serupa. Namun Melayu
Selangor jauh lebih bijak dan
segak daripada Mahmeri.
Punca perbezaan adalah
daripada genetik Nabi Ibrahim
a.s.Jadi jika kita menjejak
Melayu dari susur galur Mala
Kuno (iaitu jurai Keturah dari
kerajaan misteri dari Timur
Jauh ini), jejak akan menjadi
lebih kompleks,merangkumi
persoalan Ophir,Tanah Punt
(The Land of Gods-nenek
moyang Firaun Purba)
,kerajaan-kerajaan misteri
sezaman atau lebih tua dari
era Nabi Ibrahim a.s dan
Akkadia-Babylon hinggalah
era sebelum Banjir
Besar,Lemuria dan Atlantis.
INI ADALAH KISAH YANG
LAIN.MISTERI YANG LAIN.
Jawab soalan ini.Bagaimana
Ptolemy boleh mengetahui
peta lengkap Semenanjung
Tanah Melayu pada abad
kedua Sebelum Masehi
berserta gelaran Golden
Chersonese (Semenanjung
Emas) padahal mengikut
sejarah moden orang-orang
Barat hanya sampai di dunia
sebelah sini selepas ekspedisi
penjelajah Sepanyol dan
Portugis seperti Magelland?
Ada misteri di situ.Sama
seperti Piri Reis yang
membuat peta paling misteri
di dunia berdasarkan
manuskrip peta-peta kuno,
Ptolemy juga mendapat
sumber yang sama,dari
manuskrip peta-peta kuno
lama sebelum era
Yunani.Sebahagiannya dari
era Firaun kuno (ingat,
perpustakaan Iskandariah
yang terkenal,yang
menyimpan sejumlah besar
manuskrip purba)
Namun Mala bukanlah bangsa
asal. Mala mempunyai
‘benang-benang merah’
dengan bangsa Scythia.
Scythia merupakan bangsa
asas kepada semua puak
Eskimo, asli Yunan, asli Dai,
asli Taiwan, hingga ke ke
kaum Ainu di Jepun dan suku
misteri di pulau-pulau Jepun
sebelum kedatangan kaum
Yamato (kaum dominan Jepun
pada hari ini) Lembah
Mekong, Tanah Melayu,
Borneo, Sumatera, Jawa,
Sulawesi , Filipina, Pasifik ,
Madagascar dan Amerika
Latin.
Scythia merupakan sebuah
bangsa nomad berkerajaan
yang berasal daripada Asia
Tengah (ingat Teori kapak Tua
dan bangsa Kambuja?)
berhampiran dengan Laut
Hitam. Kaitan antara Melayu
dengan Scythia telah dirumus
oleh seorang arkaelogis
Eropah di sekitar tahun 1830an
lagi.Maka ada kemungkinan
Scythia merupakan bangsa
asal daripada Nabi Adam a.s.
Ini kerana Nabi Adam a.s.
mempunyai 22 pasang
anak,atau bermaksud 22
bangsa asas (kemungkinan
dari kajian setakat ini).
Kambuja,Aryan,Mala,Manessa
h,suku Sakya dan Buddha
Bangsa Mala itu memang
bukan dari Yahudi.Perlu
diingat Yahudi itu dari lelaki
bernama Yehudah(Anak Nabi
Yaakob a.s yang berkomplot
dengan abangnya Shimon
(Simeon) untuk membunuh
Nabi Yusof a.s).Sedangkan
kan hipothesis dari Dr.Ralp
Olsen mengatakan Bangsa
Mala ini dari Bani Menasseh
anak kpd Nabi Yusof a.s ini
jelas bila kajian DNA telah
dilakukan pada puan‘Bnaei
Menasseh’ di daerah Assam,
Burma telah mengesahkan
mereka ada DNA bangsa
Israel.Daerah Assam adalah
laluan Mala-Deutro@bani
Menasseh yang lari dari
peperangan Assyrian yang
membumihanguskan Kota
Nineveh kerajaan Judah.Kajian
mengatakan bahasa Melayu
juga wujud di daerah
Assam.Oleh krn itu,bangsa
Mala yg sifatnya tidak
menyenangi ‘Yahudi’ ini
memang ada kaitan dengan
sirah Nabi Yusof a.s yang
dibuang dlam perigi oleha
saudaranya Shimon dan
Yehudah.
Disini adalah ditegaskan
sekiranya bangsa Mala ada
bloodline dengan bani
Menasseh(Keturunan Nabi
Yusof a.s@Joseph) maka layak
lah digelar berketurunan Bani
Israel bukan Yahudi.Kerana
Bani Israel itu bertebaran luas
di bumi ini yang mana ianya
lahir dari 12 anak keturunan
nabi Yaakob a.s,sedangkan
Yahudi hanya salah satu suku
kaum dalam ras bani
Israel.Samalah dlm kes
pendita Yahudi kata Nabi
Ibrahim a.d itu Yahudi,lalu
Allah tegaskan baginda bukan
Yahudi mana tidaknya Yahudi
hanya salah satu suku kaum
dari Bani Israel yang wujud
lama selepas Nabi Ibrahim
a.s.Seperkara lagi bangsa
Israel bertebaran hingga ke
bumi Afrika dan puak Lemba
Afrika memang ada genetik
Israel dari Bani Benjamin@
Bunyamin adek kpd Nabi
Yusof a.s malahan di Cina pun
ada keturunan Isarel yang dah
bercampur dgn bangsa Cina
iaitu Puak Cina Kaifeng.
Jadi Lost Tribe Israel memang
lari ke sebelah Asia melalui
‘Laluan Sutera’ untuk turun ke
Yunnan,Mekong dan Indochina
hinnga terserap dlm bangsa
Mala(Hari ini pegang syariat
Nabi Muhammad yakni Islam)
.Ada yang terpisah ke China
lalu membentuk komuniti
Kaifeng.
Jadi bani Israel merangkumi
keturunan NabiIbrahim turun
kpd Ishak lalu Yaakob dan
turun kepada seluruh 12 anak
nabi Yaakob a.s., jadi
pengkhianatan Yahudi
(Perisitwa Samiri dan Sapi)
adlah pilihan puak Yahudi itu
sendiri tiada kaitan dengan
ras Israel lain yang masih
memegang syariat
mentauhidkan Allah Taala.
Kajian projek genome oleh
Rabbai Jacobovici telah
dilakukan untuk mengesahkan
hipothesis Dr.Ralp Olsen
berkenaan Israel DNA variant
dalam Bangsa Mala (rujuk
website beliau,link:
.Projek genome itu dijangka
lengkap dalam masa 5 hingga
10 tahun akan datang khusus
utk lost tribe disebelah South
East Asia region